Home » Semoga Cepat Sembuh by Aminah Mokhtar
Semoga Cepat Sembuh Aminah Mokhtar

Semoga Cepat Sembuh

Aminah Mokhtar

Published 2004
ISBN :
Paperback
138 pages
Enter the sum

 About the Book 

Lahir pada 4 Oktober 1959, di Muar, Johor. Beliau mendapat pendidikan rendah dan menengah, di beberapa buah sekolah di Johor. Selepas menamatkan pengajian menengah di beberapa buah sekolah di Johor.Selepas menamatkan pengajian menengah di peringkat STPM, beliau ditawarkan sebagai Jururawat Pelatih. Kemudian beliau menyambung pengajian kejururawatan sehingga memperoleh Diploma Sains Kejururawatan. Kini beliau sebagai Jururawat Terlatih di Wad Bersalin, Pusat Perubatan Universiti Malaya.Pencapaian dan sumbangan Aminah Mokhtar dalam memperkaya dan memartabatkan kesusasteraan Melayu mewajarkan beliau menerima pelbagai hadiah sayembara.Antaranya, ialah :- Tempat kedua Sayembara VII Esso-Gapena 1988,- Hadiah Cerpen Perpaduan 1995 (Kategori Cerpen - Semarak),- Hadiah Sastera Utusan-Public Bank 1998 (Kategori Puisi - Sesekali Pesakitku),- Hadiah Sastera Utusan-Public Bank 1999 (kategori cerpen - Gerhana Manusia),- Anugerah Sri Angkasa - RTM 1999 (Drama Radio Terbaik - Zulaikha Fitri),- Hadiah Sastera Darul Takzim 1999 (Kategori Puisi - Sesekali Pesakitku),- Hadiah Sastera Darul Takzim 1999 (Kategori Novel - Diari Jururawat),- Hadiah Sastera Darul Takzim 1999 (Drama Radio - Sungai)- Anugerah Kreatif PPUM 1999 (Sri Karyawan),- Anugerah Formula Malaysia 2000 (Tempat Kedua, kategori Cerpen - Keberangkatan ke Bintang),- Anugerah Sastera Perdana (Cerpen Eceran - Gerhana Manusia),- Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2001 (Kategori cerpen - Ya Allah Dia Menangis),- Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2001 (Kategori Puisi - Jangan Sampai Kita Hilang Kota),- Anugerah Sri Angkasa - RTM 2001 (Skrip Drama Radio Terbaik - Merah Ramadan di Baitul Muqqadis),- Hadiah Sastera Darul Takzim 2001 - (Kategori Puisi Yang Bernama Hati),- Hadiah Sastera Darul Takzim 2001 (Drama radio - Tetamu Allah) dan Hadiah Sako Ke - 3 (Novel - Iman Markisa),- Hadiah Sastera Utusan Exxon-Mobil 2002 (Kategori cerpen, tiga hadiah penghargaan Erti Cinta Dr. Marianah, Ahmad Muhammad dan Kategori puisi - Kolek Bonda),- Hadiah Sastera Darul Takzim 2002 (Kategori Novel Dewasa - Iman Markisa, Kategori Drama Radio - Merah Ramadan di Baitulmaqqdis) dan Peraduan Menulis Novel Alaf Baru 2001 dalam novelnya Dominasi Tebrau yang memenangi tempat pertama menggondol RM30,000.sumber : http://www.ujanailmu.com.my/cat_amina...