Home » Cinta... Biar Saja Ada by Rehan Makhtar
Cinta... Biar Saja Ada Rehan Makhtar

Cinta... Biar Saja Ada

Rehan Makhtar

Published
ISBN :
Paperback
362 pages
Enter the sum

 About the Book 

CINTA NUR NAQIAH... Seorang gadis biasa, periang dan tandus akan kasih sayang keluarga. Hanya pada teman-teman, Izue dan Alan menjadi tempat dia meluahkan rasa. Teman yang turut sama berkongsi minat yang sama iaitu, muzik. Hinggalah pada satu hariMoreCINTA NUR NAQIAH... Seorang gadis biasa, periang dan tandus akan kasih sayang keluarga. Hanya pada teman-teman, Izue dan Alan menjadi tempat dia meluahkan rasa. Teman yang turut sama berkongsi minat yang sama iaitu, muzik. Hinggalah pada satu hari seperti mana yang telah takdir tetapkan, matanya dan mata Ariq bertemu.MUHAMAD NASHRIQ... Seorang lelaki matang dan kacak bergaya, pegun saat pertama kali melihatkan seorang gadis cantik memetik gitar dengan lantunan suara nan merdu. Melihatkan gaya bersahaja, dia memilih Naqiah untuk menyiasat siapakah ‘Lof’ yang diminatinya tanpa dia sedar, minat dan cinta adalah dua perkara yang berbeza.“Sementara Naqi tak buat apa. Kerja sikit dengan abang sebab abang yakin, Naqi ada skill mengorat kaum sendiri...” ~ Muhamad Nashriq“I’m not a lesbian!” ~ Cinta Nur NaqiahHingga akhirnya, Naqi nekad berdikari bila keluarga sendiri tidak memerlukannya lagi. Dalam melakukan kerja Ariq, hatinya belot bila sudah pandai mencintai lelaki itu. Dia tidak meminta tapi tak mampu dia larang hingga akhirnya, Ariq sedari, bukan Lof yang dia cinta tapi Naqi. Tak sanggup melukakan banyak hati yang disayangi lantas Naqi nekad berlalu pergi.“I will hide and you can keep on tracking me but please… do not hope…” ~ Cinta Nur Naqiah“…satu hari, tidur malam Ariq serta jaga siang Ariq hanya ditemani dia. Anak-anak Ariq hanya akan lahir dari perut dia dan anak-anak dia hanya akan dibinti dan binkan Muhamad Nashriq...” ~ Muhamad NashriqCinta...biar saja ada, kisah hati antara Cinta Nur Naqiah dan Muhamad Nashriq dalam mencari erti cinta di sebalik kasih dan reda orang tua untuk mereka harungi perjalanan mencari rahmat Tuhan. Pada Naqi, cinta bukanlah segalanya namun kasih ibulah yang terutama dan pada Ariq pula Naqi adalah lagu pelengkap melodinya. Adakah hati mereka bakal bersatu dalam mencantumkan lirik dan lagu? Mungkinkah melodi hidup Ariq indah bila dilengkapi dengan lagu Naqi atau pun kisah mereka menjadi sebuah kisah yang perit dengan melodi yang sumbang dan lirik yang pincang?